THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Aidil Fitri


raya tahun ini terasa kekurangan. kerana ketiadaan abang ipar , abang amran yang telah pergi menemui Ilahi pada april lalu. selepas sembahyang raya, kami mengunjungi pusara abang. sedihnya. titis airmata membasahi pipi sambil membaca surah yassin. semoga roh abang dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

apa pun raya tetap meriah dengan kunjungan saudara, sahabat dan jiran. malam raya selepas solat Isya' , DAM DAM...mercun time!!!( tak sedar diri la ). tak kisahlah walaupun mercun diharamkan, black market ada!! haha...


ni gambar adik ambilkan...

"ok fire!!!" Along zali mula membakar mercun. walao eh...so loud!!! Dam..bomb!!! bila dah satu kampung main mercun dengan bunyi yang kuat, rasa macam perang pulak. berlawan-lawan bunyi paling kuat. " lets attack Maxis tower! " , pemancar Maxis yang kurang dari 100 m ( tak tau la macamana boleh bina stesen pemancar begitu dekat dengan rumah ) terus jadi mangsa serangan mercun kami!! but the best part- bila bakar bunga api yang ada 30 das! macam sambut tahun baru!! pagi -pagi raya pun bakar mercun...cebisan kertas merah bertabur depan pintu rumah..." jangan sapu ...cantik ...ada ong " la dah macam CNY la pulak! who care! 1malaysia maa...
ni la...tak sapu sampai petang.... CNY!!!


walaupun meriah tapi penat...so tiring...tetamu datang silih berganti. hari raya bagi kami adalah hari berkumpul keluarga kami termasuk pakcik makcik sepupu cucu cicit!. family gathering penuh rumah. rumah kami jadi tempat berkumpul kerana nenek tinggal dengan kami dan emak anak perempuan sulung. so memang setiap tahun rumah kami akan jadi sibuk, bising, kecoh, meriah ...SERONOK!!! siapa yang untung? ting ting ting uncle jual aiskrim!!! ye lah.. pukul 11 je uncle ni dah tunggu depan gate rumah!!!

Angpau? haha I mesti dapat...sepatutnya tak boleh dapat dah ..tapi abah bagi, abang bagi, kakak bagi , adik I pun bagi...pakcik makcik pun bagi...so ambil je lah..ye lah I cikgu je... hahaha...

happyheartaza

0 comments: