THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES



We Are The Champion!!






Congrats to our football team!



Pasukan bolasepak Malaysia berjaya mendapat pingat emas dalam perlawanan akhir bolasepak mengalahkan Vietnam 1 - 0 di SEA Games 2009.

Macam tak percaya je...ye la selalunya semua orang mengkritik pasukan bola sepak dan kualiti permainan mereka. Tapi mereka sudah buktikan dan menghantar mesej menutup mulut pengkritik-pengkritik ini ( termasuklah si Aza nie!) . Syabas!





Menonton perlawanan di kedai mamak ,memang best gila. Ye la, selalunya kat kedai mamak ni ramai-ramai tengok Manchester United main atau pun Liverpool ( tak sokong tapi nak tengok my lovely Steven Gerrard je...) tak de siapa yang peduli pun tengok Malaysia main.Bukan tak nak sokong tapi kalau tengok pun selalunya mengutuk je. memang sakit hati tengok. Tapi suasana kat mamak masa final Malaysia-Vietnam tadi sangat berbeza. Barulah nampak sokongan tak berbelah bagi..tak ada yang kutuk.Kiranya 200% sokong! Itulah sebenarnya perasaan sebenar rakyat Malaysia...Semua bersorak bila Malaysia gol-termasuklah mamat Bangla teh tarik kat kedai mamak tu- huh ! kalau tak sokong I panggil polis tangkap mamat Bangla ni -...Suasana yang sama waktu Malaysia menang badminton Thomas Cup 1992 selepas 25 tahun. Ada sorang mamat tu , yang paling kuat suaranya, jerit "Malaysia Boleh!!!" ...semua pun ikut jerit...macam kat Stadium Bukit Jalil pulak...tapi ada jugak yang I nampak menangis - lelaki pun menangis? well , real man do cry!..terlalu happy kot... ye lah selepas 20 tahun, last menang 1989 baru tahun ni dapat...Tapi suasana yang bising tadi bertukar senyap seketika sebelum semua orang kat kedai ni sama-sama berdiri dan nyanyi lagu Negaraku ...I rasa saaangggattt bangggaaa...nak menangis pun ada ...happy maa..HAPPYAZA maa..



Apapun , pada ketika pemimpin politik kat Malaysia ni sibuk dengan isu 'racism'( get lost with those racist!!! U DONT BELONG HERE !!!) , rakyatnya tak kira bangsa , 1Malaysia, bersatu dalam 'bolasepak' di kedai mamak!

Yang pastinya, someone owes me MU new jersey...no..Malaysian jersey -blue , number 7! next time dont bet with me!!! lol

the identical twin -aidil zafuan (no 7!-captain ) and zaquan adha
aidil is married to an actress , 12 years his senior!

adha? dating an actress , 5 years older than him

what's wrong with both of you? Love is blind...whatever la

as long as ...HAPPY

which one is aidil ? adha?

happyheartaza

0 comments: